Al-Baqarah, ayat 246

Tidakkah engkau ketahui (wahai Muhammad), tentang (kisah) ketua-ketua dari Bani lsrail sesudah (wafatnya) Nabi Musa, ketika mereka berkata kepada seorang Nabi mereka: “Lantiklah seorang raja untuk kamu, supaya boleh kami berperang (bersama-sama dengannya) pada jalan Allah.” Nabi mereka menjawab: “Tidakkah harus, jika kamu kelak diwajibkan berperang, kamu tidak akan berperang?” Mereka berkata: “Mengapa pula kami tidak akan berperang pada jalan Allah, sedang kami telah diusir dari kampung halaman kami, dan (dari) anak-anak kami?” Maka apabila perang itu diwajibkan atas mereka, mereka membelakangkan kewajipan itu, kecuali sebahagian kecil dari mereka. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan orang-orang yang zalim.

Al-Baqarah, 246

Dalam sahihnya, Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Abu Dzar, dia berkata, “Aku berkata, Wahai Rasulullah, perbuatan apakah yang paling utama?” Rasulullah SAW menjawab, “Iman kepada Allah dan berjihad di jalanNya.” Mereka berdua juga meriwayatkan dari sahabat Anas r.a., bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Berangkat pagi atau petang berjihad di jalan Allah adalah lebih baik daripada dunia dan seisinya.”

(Riyadhus Shalihin, 471)

Dari Sha’ab Bin Jatsamah r.a., dia berkata, “Rasulullah SAW ditanya tentang kaum wanita dan anak-anak kecil musyirikin yang diserang pada malam hari ketika sebahagian kaum serta anak-anak keturunan mereka terbunuh. Beliau menjawab, ‘Kaum wanita dan anak-anak itu adalah termasuk bahagian dari mereka.”

(HR Muslim)

Leave a comment