Asbabun Nuzul Surah Al-Baqarah, ayat 231

Apabila kamu mentalak isteri-isterimu, lalu mereka mendekati akhir idahnya, maka rujuklah mereka dengan cara yang makruf atau ceraikanlah mereka dengan cara yang makruf (pula). Janganlah kamu rujuk mereka untuk memberi kemudaratan, kerana dengan demikian kamu menganiaya mereka. Barangsiapa berbuat demikian, maka sungguh ia telah berbuat zalim terhadap dirinya sendiri. Janganlah kamu menjadikan hukum-hukum Allah sebagai permainan. Dan ingatlah nikmat Allah padamu dan apa yang lelah diturunkan Allah kepadamu, iaitu al-Kitab (al- Quran) dan al-Hikmah (as-Sunah). Allah memberi pelajaran kepadamu dengan apa yang diturunkanNya itu. Dan bertakwalah kepada Allah serta ketahuilah bahawasanya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.

Surah Al-Baqarah, 231

Asbabun Nuzul:

Diriwayatkan dari Ibnu Abbas, ada seorang lelaki yang mentalak isterinya, lalu dia rujuk sebelum masa idah berakhir. Kemudian, dia menceraikannya kembali. la bermaksud membuat isterinya terumbang-ambing sehingga tidak boleh menikah dengan lelaki lain. Maka dari itu, turunlah ayat ini.

[Daif]

Leave a comment