Janganlah kamu jadikan (nama) Allah dalam sumpahmu sebagai penghalang untuk berbuat kebajikan, bertakwa dan mengadakan islah (pembaikan) di antara manusia. Dan Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
Surah Al-Baqarah, 224
Asbabun Nuzul:
Diriwayatkan dari lbnu Juraij bahawa ayat ini turun berkenaan Abu Bakar yang bersumpah tidak akan memberikan harta (nafkah) kepada Misthah. Menurutnya, Misthah sempat turut bersama kaum munafik dalam peristiwa hadisul ifki (berita bohong berkaitan dengan Aisyah). Maka, turunlah ayat ini.
Leave a comment