Asbabun Nuzul Surah Al-Baqarah, ayat 200

Apabila kamu telah menyelesaikan ibadah hajimu, maka berzikirlah (dengan menyebut) Allah, sebagaimana kamu menyebut-nyebut (membangga- banggakan) nenek-moyangmu atau (bahkan) berzikirlah lebih banyak daripada itu. Maka di antara manusia ada orang yang berdoa: “Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia” dan tiadalah baginya bahagian (yang menyenangkan) di akhirat.

Surah Al-Baqarah, 200

Asbabun Nuzul:

Mujahid meriwayatkan bahawa sebahagian orang-orang Arab ketika kembalinya dari haji, mereka singgah ke Jamarat (tempat melempar jumrah) dan menyebut nyebut nenek moyang serta amal perbuatan mereka. Kemudian, turunlah ayat ini. (HR Thabari) [Daif]

Leave a comment