Asbabun Nuzul Surah Al-Baqarah, ayat 194

Bulan haram dengan bulan haram, dan pada sesuatu yang patut dihormati, berlaku hukum qisas. Oleh sebab itu, barangsiapa yang menyerang kamu, maka seranglah dia seimbang dengan serangannya terhadap kamu. Bertakwalah kepada Allah dan ketahuilah bahawa Allah beserta orang yang bertakwa.

Surah Al-Baqarah, 194

Asbabun Nuzul:

Dari Qatadah, diriwayatkan bahawasanya ayat ini turun sebagai bantahan bagi orang-orang musyrik Hudaibiyah di Mekah yang berupaya menghalangi Rasulullah saw. bersama para sahabat untuk memasuki Masjidilharam. Kejadian ini terjadi pada bulan Zulkaedah. Kemudian, pada tahun berikutnya, Rasulullah saw. dan pengikutnya dapat memasuki Mekah dengan selamat atas pertolongan Allah Swt. (HR Thabari) [Daif]

Leave a comment