Asbabun Nuzul Surah Al-Baqarah, ayat 177

Bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah timur dan barat itu suatu kebajikan, akan tetapi sesungguhnya kebajikan itu ialah beriman kepada Allah, hari kemudian, malaikat-malaikat, kitab-kitab, nabi-nabi dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang miskin, musafir (yang memerlukan pertolongan) dan orang yang meminta-minta dan (memerdekakan) hamba sahaya, mendirikan solat dan menunaikan zakat dan orang yang menepati janjinya apabila dia berjanji dan orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan. Mereka itulah orang yang benar (imannya) dan mereka itulah orang yang bertakwa.

Surah Al-Baqarah, 177

Asbabun Nuzul:

Dari Qatadah, Abdur Razaq meriwayatkan bahawa ayat ini berkaitan dengan orang-orang Yahudi yang beribadah dengan menghadap ke arah barat dan orang-orang Nasrani menghadap ke arah timur. Lalu, turunlah ayat ini yang menjelaskan kiblat yang sesungguhnya. [Daif]

Leave a comment