Tidak ada dosa bagimu jika kamu menceraikan isteri-isteri kamu yang belum kamu sentuh (campuri) atau belum kamu tentukan maharnya. Dan hendaklah kamu berikan suatu mut’ah (pemberian) kepada mereka. Orang yang mampu menurut kemahuannya dan orang yang miskin menurut kemampuannya (pula), iaitu pemberian menurut yang patut. Demikian itu merupakan ketentuan bagi orang yang berbuat kebajikan.
Al-Baqarah, 236
Dari Ibnu Umar ra. bahawa dia menceraikan isterinya dalam keadaan haid pada masa Rasulullah saw. Lalu, Umar Bin Khattab menanyakan kejadian tersebut kepada Rasulullah saw., beliau menjawab kepada Umar, “Perintahkanlah dia untuk merujuknya kembali kemudian biarkanlah sampai ia suci, lalu haid lagi, lalu suci lagi. Kemudian setelah itu, kalau ingin dia dapat menahannya dan kalau ingin dia juga dapat menceraikannya sebelum menyentuhnya. ltulah masa idah yang diperintahkan oleh Allah swt. bagi wanita yang diceraikan.”
(HR Muslim)
Leave a comment