Al-Baqarah, ayat 231

Apabila kamu mentalak isteri-isterimu, lalu mereka mendekati akhir idahnya, maka rujuklah mereka dengan cara yang makruf atau ceraikanlah mereka dengan cara yang makruf (pula). Janganlah kamu rujuk mereka untuk memberi kemudaratan, kerana dengan demikian kamu menganiaya mereka. Barangsiapa berbuat demikian, maka sungguh ia telah berbuat zalim terhadap dirinya sendiri. Janganlah kamu menjadikan hukum-hukum Allah sebagai permainan. Dan ingatlah nikmat Allah padamu dan apa yang telah diturunkan Allah kepadamu, iaitu al-Kitab (al-Quran) dan al-Hikmah (as-Sunah). Allah memberi pelajaran kepadamu dengan apa yang diturunkanNya itu. Dan bertakwalah kepada Allah serta ketahuilah bahawasanya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.

Al-Baqarah, 231

“Sesuatu yang halal dan paling dibenci di sisi Allah adalah thalaq (cerai).”
(Hadis diriwayatkan oleh Abu Daud (2178) dan Ibn Majah (2018).)

Leave a comment