Sibghah1 Allah. Dan siapakah yang lebih baik sibghahnya daripada Allah? Dan hanya kepadaNyalah kami menyembah.
Surah Al-Baqarah, 138
Asbabun Nuzul:
Dari Abdullah bin Abbas RA katanya: “Sesungguhnya Bani Israel berkata: “Wahai Musa, adakah Tuhanmu mencelup?” Musa menjawab: “Bertaqwalah kalian kepada Allah.” Lalu Tuhannya memanggilnya, “Wahai Musa, mereka bertanya kepadamu adakah aku mencelup? Jawablah, “Ya.” Kerana Aku mencelupkan warna, merah putih dan hitam, serta semua warna itu.” Lalu Allah turunkan kepada NabiNya SAW: {Sibghah Allah. Dan siapakah yang lebih baik sibghahnya daripada Allah? Dan hanya kepadaNyalah kami menyembah.}”
(HR Ibnu Abi Hatim: 1323. Dinilai Hasan oleh Salim al-Hilali dan Muhammad Musa Nasr)
- Sibghah Allah, ertinya “Celupan Allah“, yang bererti beriman kepada Allah (agama) yang tidak disertai dengan kemusyrikan. ↩︎
Leave a comment