Dan kepunyaan Allahlah timur dan barat. Ke mana pun kamu menghadap, maka di situlah arah yang diredhai Allah. Sesungguhnya Allah Maha Luas (rahmatNya) lagi Maha Mengetahui.
Surah Al-Baqarah, 115
Asbabun Nuzul:
Daripada Amir bin Rabiah katanya: “Dahulu kami bersama Nabi SAW pada suatu malam yang gelap gelita. Kami tidak mengetahui arah kiblat, lalu setiap seorang dari kami solat mengikut arah masing-masing. Apabila tiba waktu pagi, kami menceritakan perkara ini kepada Nabi SAW, lalu turunlah ayat, {Maka ke mana pun kamu menghadap, di situlah wajah (kiblat) Allah.}”
(HR At-Tirmidzi: 345 & 2957. Dinilai Hasan Lighairihi oleh Al-Albani)
Daripada Abdullah bin Umar RA katanya: “Dahulu Rasulullah SAW solat semasa dalam perjalanan dari Mekah ke Madinah, di atas binatang tunggangannya mengikut arah wajahnya (depan). Lalu turun ayat ini, {Maka ke mana pun kamu menghadap, di situlah wajah (kiblat) Allah.}”
(HR Muslim: 700)
Leave a comment