Asbabun Nuzul Surah Al-Baqarah, ayat 6-7

Sesungguhnya orang kafir sama sahaja bagi mereka, kamu beri peringatan atau tidak kamu beri peringatan, mereka tidak akan beriman. (6)
Allah telah mengunci mata hati dan pendengaran mereka, dan penglihatan mereka ditutup. Dan bagi mereka seksa yang amat berat. (7)

Surah Al-Baqarah, 6-7

Asbabun Nuzul:

Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir dan Ibnu Ishaq, dari Muhammad ibn Abu Ikrimah, dari Sa’id ibn Jubair, yang bersumber dari Ibnu Abbas bahawa ayat 6-7 ini diturunkan berkenaan dengan kaum Yahudi Madinah, yang walaupun diperingatkan, mereka tetap tidak akan beriman.

Leave a comment