Asbabun Nuzul Surah Al-Baqarah, ayat 89

Dan setelah datang kepada mereka al-Quran dari Allah yang membenarkan apa yang ada pada mereka, padahal sebelumnya mereka biasa memohon (kedatangan nabi) untuk mendapat kemenangan atas orang kafir, maka setelah datang kepada mereka apa yang telah mereka ketahui, lalu mereka ingkar kepadanya. Maka laknat Allah ke atas orang yang ingkar itu.

Surah Al-Baqarah, 89

Asbabun Nuzul:

Dari Ibnu Abbas diriwayatkan oleh Ibnu Ishaq dan Ibn Abi Hatim bahawa ayat ini turun berkenaan dengan pengkhianatan orang-orang Yahudi, iaitu ketika mereka meminta bantuan kepada Muhammad sebelum diangkat menjadi Rasul untuk menghadapi serangan Aus dan Khazraj. Setelah Muhammad diangkat menjadi Rasulullah, mereka mengingkarinya kerana kedengkian bahawa Muhammad bukan dari bangsa Yahudi. (Salim al-Hilali menilai sanadnya hasan.)

Leave a comment