(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan perbezaan (antara yang hak dan yang batil). Kerana itu, barangsiapa di antara kamu hadir (di
Al-Baqarah, 185
negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah dia berpuasa pada bulan itu dan barangsiapa sakit atau dalam perjalanan (lalu dia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkannya itu pada hari-hari yang lain. Allah mengkehendaki kemudahan bagimu dan tidak mengkehendaki kesukaran bagimu. Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjukNya yang diberikan kepadamu supaya kamu bersyukur.
Dari Abdullah ibn ‘Umar, Rasulullah saw. bersabda, “Pada Hari Kiamat kelak, puasa dan Al-Quran akan memberikan syafa’at kepada seorang hamba. Puasa berkata, “Wahai Tuhan! Sesungguhnya aku telah mencegahnya dari makanan dan keinginan syahwat di siang hari. Maka berikanlah syafa’at kepadaku.” Dan Al-Quran berkata, “Wahai Tuhan! Aku telah mencegahnya dari tidur di malam hari, maka berikanlah syafa’at kepadaku.” Kemudian Allah Swt memberikan syafa’at melalui keduanya.” (HR Imam Ahmad, At Thabarani, dan Hakim)
Leave a comment