Wahai orang yang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat, sesungguhnya Allah beserta orang yang sabar.
Al-Baqarah, 153
Dari Anas Bin Malik r.a., bahawasanya Rasulullah saw. mendatangi seorang wanita yang sedang menangisi kematian anaknya. Beliau kemudian berkata kepadanya, “Bertaqwalah kepada Allah dan bersabarlah.”, Ialu wanita itu menjawab, “Kamu tidak peduli dengan musibah yang menimpaku.”, tatkala beliau pergi, dikatakan kepada wanita itu bahawa yang baru berkata adalah Rasulullah saw. Kemudian wanita itu mendatang Rasulullah dan berkata bahawa dia tidak mengenalinya. Kemudian Rasulullah saw. bersabda, “Sesungguhnya yang namanya sabar itu terletak pada goncangan yang pertama.” (HR Bukhari, 1283)
Leave a comment