Al-Baqarah, ayat 85

Kemudian kamu (Bani Israel) membunuh dirimu (saudaramu sebangsa) dan mengusir segolongan dari kamu dari kampung halamannya, kamu bantu-membantu terhadap mereka dengan perbuatan dosa dan permusuhan tetapi jika mereka datang kepadamu sebagai tawanan, kamu tebus mereka, padahal mengusir mereka itu (juga) dilarang bagimu. Apakah kamu beriman kepada sebahagian al-Kitab (Taurat) dan ingkar terhadap sebahagian yang lain? Tiada balasan bagi orang yang berbuat demikian darimu, melainkan kehinaan dalam kehidupan dunia dan hari Kiamat mereka dikembalikan kepada seksa yang sangat berat. Allah tidak lalai dari apa yang kamu telah lakukan.”

Al-Baqarah, 85

Dari Abu Hurairah r.a., dia berkata, “Rasulullah SAW bersabda, “Hari kiamat semakin mendekat, ilmu akan dicabut, fitnah akan banyak muncul, sifat kikir akan banyak bermaharajalela, dan banyak terjadi haraj. ‘Para sahabat bertanya, ‘Apakah haraj itu?’ Rasulullah SAW menjawab, ‘Iaitu pembunuhan.’” (HR Al-Bukhari: 5577, Muslim: 4827)

Leave a comment