Al-Baqarah, ayat 61

Dan (ingatlah) ketika kamu berkata: “Wahai Musa! Kami tidak dapat bersabar (sudah jemu) dengan sejenis makanan saja. Sebab itu, mohonkanlah untuk kami kepada Tuhanmu agar Dia mengeluarkan untuk kami daripada apa yang ditumbuhkan bumi iaitu sayur-sayurannya, mentimunnya, bawang putihnya, kacang adasnya (kacang dal) dan bawang merahnya.” Musa berkata: “Adakah kamu mengambil sesuatu yang kurang baik sebagai pengganti yang lebih baik? Pergilah kamu ke suatu kota, pasti kamu memperolehi apa yang kamu minta.” Lalu ditimpakanlah kepada mereka kehinaan dan kepapaan serta mereka mendapat kemurkaan daripada Allah. Hal itu (terjadi) kerana mereka selalu mengingkari ayat-ayat Allah dan membunuh para Nabi tanpa alasan yang benar. Demikian itu (terjadi) kerana mereka selalu berbuat derhaka dan melampaui batas.

Al-Baqarah, 61

Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah saw. bersabda, “Sesungguhnya Allah redha kepada kalian dalam tiga perkara dan benci dalam tiga perkara. Dia redha kepada kalian jika kalian menyembah Allah dan tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatupun, jika kalian berpegang teguh dengan tali Allah dan tidak bercerai-berai, dan jika kalian saling menasihati pemimpin kalian. Dan Allah Swt. membenci kalian dalam perkataan yang tidak jelas wujudnya (katanya begini, katanya begitu) banyak bertanya dan menghambur-hamburkan harta.” (HR Muslim: 1715)

Leave a comment