Al-Baqarah, ayat 59

Lalu orang yang zalim menggantikan perintah dengan (mengerjakan) yang tidak diperintahkan kepada mereka. Sebab itu, Kami timpakan ke atas orang yang zalim itu seksaan dari langit kerana mereka berbuat fasik.

Al-Baqarah, 59

Dari Abu Musa r.a., dia berkata, “Rasulullah saw. bersabda, ‘Sesungguhnya, Allah Yang Maha Mulia lagi Maha Agung akan menunda-nunda waktu bagi orang yang zalim. Tetapi ketika Allah akan menyeksanya, Dia tidak akan melepaskannya. Kemudian beliau membaca Firman Allah, “Dan begitulah azab Tuhanmu, apabila Dia mengazab penduduk negeri-negeri yang berbuat zalim. Sesungguhnya Azab-Nya itu adalah sangat pedih lagi keras.” (HR Al-Bukhari, 4318 dan Muslim, 4680)

Leave a comment