Dari Abu Umami Al-Bahili ia berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Bacalah Al-Quran kerana ia akan datang memberi syafaat kepada para pembacanya pada hari kiamat nanti. Bacalah Zahrawain, yakni surah Al-Baqarah dan Ali lmran kerana keduanya akan datang pada hari kiamat nanti, seperti dua tompok awan menaungı pembacanya, atau seperti dua kelompok burung yang sedang terbang dalam formasi hendak membela pembacanya. Bacalah Al-Baqarah kerana dengan membacanya akan memperoleh barakah dan dengan tidak membacanya akan menyebabkan penyesalan, dan pembacanya tidak dapat dikuasai (dikalahkan) oleh tukang-tukang sihir.” Muawiyah berkata: “Telah sampai (khabar) kepadaku bahawa, Al-Bathalah adalah tukang-tukang sihir.” (HR Muslim, 1337)
“Janganlah kalian jadikan rumah-rumah kalian laksana kuburan-kuburan. Sungguh syaitan akan lari tercirit-cirit menjauhi rumah yang dibacakan di dalamnya surah Al-Baqarah.” (HR Muslim, 780)
Leave a comment